afham

kehidupan manusia sederhana

Nobody Perfect

Semalam saya telah menyertai satu Ceramah Personalti Mahasiswa UPNM. Apa yang menarik di sini telah mengetahui personaliti diriku sebenar. Setiap manusia mempunyai ciri- ciri dan perwatakan yang berbeza. Jadi setiap manusia perlu mengakui kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri mereka. Semua manusia tidak perfect kecuali nabi Muhammad SAW. Setelah kajian dilakukan ke atas personaliti menggunakan Soal Soalan Teori Sidek, berikut adalah ciri-ciri yang saya ada untuk dikongsi bersama. Ada antara tepat, ada antara tidak tepat. Mari kita lihat!!

  1. Tegas.
  2. Pandai menjaga hati.
  3. Mahu suasana kebersihan.
  4. Pemerhati bebas.
  5. Individu sukakan kebebasan.
  6. Mendengar nasihat orang lain.
  7. Suka berkawan atau bersosial.
  8. Minat akan cabaran.
  9. Rendah diri.
  10. Suka memimpin orang lain.
  11. Ingin dikasihi
  12. Teliti

p/s: Jangan percaya perkara ini seratus peratus. Apa yang paling penting! Tepuk dada tanya iman dan diri kita sendiri. Dimanakah aku?

Comments (2)

4 weeks to go

Lebih kurang empat minggu je lagi tinggal untuk memasuki dewan peperiksaan semester terakhir. Di dalam 4 minggu inilah masa yang bernilai untuk menyiapkan tugasan terakhir yang diberikan oleh pensyarah sebagai syarat untuk menggenggam segulung ijazah sarjana muda pengurusan sumber manusia. Berikutan masalah ini, aku tidak dapat mengupdate untuk beberapa seketika. Namun aku cuba menyampaikan apa -apa yang terlintas di dalam kepala otakku.

Thanks la mr sebol, tak pasal2 aku dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan di dalam draf bayangan Beras Padu. Herm bila nk lawan team Red Diva untuk perlawanan futsal. Kaki ni tak tahan da nie. Bercakap mengenai politik. Bagaimana perkembangan Menteri Besar Terengganu? Mengapa rakyat tidak menyokong perlantikan. Adakah berkaitan dengan kemurkaan Sultan? Sebagai seorang manusia yang serba kekurangan kita perlu saling menghormati antara satu dengan yang lain walaupun ia muda ataupun tua daripada kita. Respek orang dulu sebelum minta direspek orang.

Minta maaf buat cuak team dot blogmas kerana aku tidak dapat menjawab kerana kesuntukan masa. Diharapkan faham k!! Selagi maafkan lah!!

~Happy Exam~

Comments (2)

Maulud nabi ramai orang lupa

Salam diucapkan kepada semua yang sudi membaca artikel ini. Aku tak de la pandai sangat untuk bercakap mengenai agama. Tetapi sekadar peringatan rasa-rasa tidak menjadi masalah. Kekadang otak aku berpusing mengenangkan keadaan kehidupan manusia kini. Entah apa yang diburu di dalam hidup yang sementara. Adakah tujuan hidup kita sekadar hanya mencari wang dan kesenangan semata-mata. Bagi mereka yang sedar akan adanya kehidupan selepas mati nescaya dia akan berhati-hati di dalam tingkah laku hidupnya seharian. Hari ini Maulud Nabi. Pengorbanan nabi Muhammad SAW perlulah dikenang sebagai tanda kesyukuran kerana dengan adanya baginda Islam tersebar sehingga hari kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Bila kata mengenai Valentine Day. Semua orang ingat dan meraikannya dengan penuh tradisi kebaratan. Konfius. Ke mana hilangnya pegangan umat Islam sekarang - Insan biasa.

Comments (6)

Lirik Matta - Ketahuan

Dari awal aku tak pernah percaya
Kata-katamu karena aku hanya melihat
Semua dari parasmu

Terlanjur kau bilang padaku
Kau tak akan pernah selingkuh
Tetapi ternyata dirimu bermain dibelakangku

Saat ku melihatmu kau sedang bermesraan
Dengan seorang yang ku kenal [Read the rest of this entry...]

Comments (5)

Lirik The Rock feat. Ahmad Dhani - Kamu Kamulah Surgaku

tahukah kamu kuciumimu
di saat terlelap
tahukah kamu kudekap kamu
saat kamu bermimpi

tahukah kamu ya cuma kamu
pemilik hatiku
tahukah kamu hatiku ini
adalah hatimu

tahukah kamu di setiap tidurku
ku kagumi wajahmu
nanti kau kan tahu
nanti kau dengar bahwa aku begitu [Read the rest of this entry...]

Comments (1)

Azali Azlan pecah rekod SPM

Apabila mendengar keputusan ini, aku seakan-akan terpaku melihat berderet- deret A. Namun, saingan di dalam dunia sekarang. Bilangan A bukanlah sesuatu pengukur bagi sesuatu kejayaan hidup. Ia hanya diatas kertas dan hitam putih sahaja. Apa yang paling penting di sini ialah bagaimana kita menggunakan peluang di dalam hidup yang kian mencabar ini dengan cara yang terbaik. Saingan di universiti pastinya sukar dan kemungkinan 10 A pun tidak dapat mengisi tempat di sana. Bagi mereka yang tidak dapat keputusan yang membanggakan. Jangan sesekali berputus asa kerana rezeki tuhan di merata- rata. InsyaALLAH ada. Tahniah juga untuk adik tersayang Muhammad Faliq agar anda teruskan perjuangan untuk membela Islam di muka bumi ALLAH ini

” PUTRAJAYA: SMKA Yan student Azali Azlan has set a new record by obtaining 21 As - 20 1As and one 2A - in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination. He has beaten the record set by former SMK Ulu Tiram student Nur Amalina Che Bakri who scored 17 1As in 2004. Congratulation I wish to him. Waiting for next SPM 2008. “

Comments (8)

Gambar bersama Zaharudin dot Net

Ahad lepas, saya telah mengikuti satu seminar di UIA. Berikut adalah sebahagian daripada gambar yang sempat dirakamkan sehari bersama Ustaz Zaharudin dot Net.

2.JPG

Sementara menunggu bermulanya majlis dan untuk menghilangkan ngantuk. Aku sengaja mengambil gambar buku yang diberikan oleh pihak pengurusan. Di dalam buku banyak ilmu yang ku dapat seperti cara terbaik dalam solat mengikut mazhab imam Shafie. Perbezaan antara mazhab banyak ditunjukkan di sini dan aku dapat membezakan bagaimana cara solat yang terbaik. Mari kita lihat gambar yang lain di helaian ini. [Read the rest of this entry...]

Comments (10)

Bersama Jutawan Miskin pada hari ini

Sebelum saya membaringkan diri diatas katil, ingin saya tulis sedikit pengalaman yang kutimba pada hari ini. Hari ini, aku telah mengikuti kempen pilihanraya satu seminar penghayatan solat yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak. Dengan menaiki UPNM bas tepat hadir pada waktu yang telah dijadualkan. Penceramah yang tidak asing lagi dalam dunia internet Ustaz Zaharudin dot Net yang banyak memberi pandangan terhadap kewangan, bisnes- bisnes pada masa kini menjadi penceramah di dalam seminar tersebut.

Saya juga sempat bertemu dengan seorang muallaf berbangsa Cina dan menganut agama Kristian sebelum beliau memasuki agama yang sebenar, Islam. Setelah disoal siasat olehku bagaimana dia memeluk Islam. Mohammad Daniel (muallaf) berkata “saya mengkaji Islam selama 3 bulan dan menyakini Islam adalah the way of life”. Sangat terharu ketika beliau berkata demikian sedangkan kita beragama Islam tidak mengkaji agama kita sendiri. Aku percaya jika dibandingkan ilmu agama, beliau jauh lebih mendalam daripadaku apakah yang dimaksudkan Islam. Di sini, saya bukanlah ulama’ untuk berkata-kata namun saya menganggap ia satu wadah untukku memperbaiki diri.

InsyaALLAH, sekiranya diberi kesempatan. Saya akan upload gambar sehari saya di seminar ini sebagai tantapan saudara mahupun saudari.

Comments (4)

Belajar dan tarikh keputusan SPM 2007

Bila dikatakan mengenai belajar. Adakah ia semata-mata hanya untuk golongan pelajar sahaja atau sebaliknya. Disini apa yang cuba ingin Afham sampaikan ialah bahawa setiap golongan manusia samaada tua atau muda perlu belajar mencari ilmu samaada untuk kegunaan di dunia mahupun di akhirat. Mengapa saya berkata demikian?. Seperti contoh kita hendak mengurus atau memulakan sesuatu perniagaan. Adakah ia hadir dengan secara automatik. Tidak bukan. Ia perlu dituntut dari mereka yang berjaya seperti Afzai Afandi, Maizul, Irfan Khairi dan sebagainya. Sehingga bila perlu belajar? Sudah tentu sehingga saat kita mati. Bak kata pepatah lama “Tuntutlah ilmu hingga liang lahat”. Sebenarnya aku tulis demikian kerana agak tertekan dengan pelbagai assignment yang perlu kusiapkan dalam masa yang terdekat dan semoga pada masa yang sama ia dapat mengingati diriku yang lemah ini. Esok pula ada ujian untuk subjek Training Management. Jadi, malam ini tepaksa rushing untuk study untuk mendapat segulung Ijazah. Pentingkah ijazah pada ketika ini. Ada yang hanya memakai SPM untuk meneruskan hidupnya. Bila dikatakan soal SPM. Baru teringat mengikut sumber yang boleh dipercayai bahawa ada yang mengatakan keputusan SPM 2007 pada 28 Februari 2008. Jadi, diharapkan adikku yang ketiga memperolehi keputusan yang cemerlang. Doakan saya dapat menjawab ujian esok. Sekian.

Comments (13)

Fly over me

Hari ini hari jumaat. Memang hari meletihkan bagiku. Tidak sempat aku menikmati katil yang empuk di dalam hostel. Sekadar melihat dari jauh je. Banyak kerja kena buat termasuklah projek yang kini tinggal lagi dua bulan untuk disubmit. Dua bulan kini berlalu pantas. Rasa macam dua minit. Tapi jam randik tetap bergerak sama sekata dari dahulu hingga kini. Bukan dulu kini selamanya<< moto parti apa nie. Mungkin disini aku yang tidak pandai membahagikan masa yang diberikan oleh ALLAH SWT dengan teratur. Belum pula dipersoal dari segi kewangan. Entah kemana aku membelanjakannya. Aku pun tak tahu. Tiba-tiba poket bank aku sudah kering. Seingat aku cuma tinggal RM 30.35 setelah melihat slip terakhir yang baru dikeluarkan tadi. Februari 25 hb ini, gaji kakitangan kerajaan masuk dan aku nekad bermula dengan gaji kali ini untuk manage dan mengawal kewanganku dengan cara terbaik. Atas nasihat seorang perempuan << bukan aweks>>. Dia cakap kena buat budgeting dan pengasingan gaji sebelum kita gunakannya. Sesiapa ada strategi simpan duit dengan cara terbaik. Sebelum itu, di mana tempat pelaburan terbaik maksud aku selain ASB, MLM, HYIP dan memacam lagi. [Read the rest of this entry...]

Comments (26)