afham

kehidupan manusia sederhana

Hadiah yangku teringin dari anda

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:
1. Dapat sebuah kamera digital berjenama Olympus
2. Ingin kereta Vios
3. Mahukan Celcom Broadband
4. Hand Phone 3G
5. Pergi ke Mekah dan Emirates Stadium

LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:
1. Kamera hilang mungkin ada orang pecah masuk bilik Afham
2. Save minyak berbanding dengan Honda City
3. Tidak boleh hidup tanpa internet
4. For using Celcom Broaband ler.
5. Afham teringin pergi sana.
[Read the rest of this entry...]

Comments (15)

Berteka-teki bersama Afham

Afham dapat ni melalui email:

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,
hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”. [Read the rest of this entry...]

Comments (3)

Didatangi oleh Geng Tabligh

Malam semalam Afham lepak kat bilik sambil menonton Fasha Sandha berlakon, tengah duk lepak kt dalam bilik. Afham didatangi oleh kumpulan tabligh yang cuba ingin sampaikan amanah ALLAH. Bagi Afham, kegiatan ini merupakan kegiatan yang mulia dan dipandang tinggi oleh Allah SWT. Namun ada segelintir kita yang menolak ziarah oleh kumpulan ini. Memang tak patut. Bukannya team ini mengajak kita untuk melakukan sebarang kejahatan mahupun kemaksiatan. Cuma ia amanah yang disampaikan oleh Allah SWT untuk mengajak manusia melakukan kebaikan. Itupun ramai yang tak suka. Agaknya kalau ajak pegi tengok bola, pergi disko. Itu kot yang mereka suka. Amalan ziarah menziarahi amat kurang di dalam dunia metropolitan kini kerana memasing hanya melakukan tugas sendiri tanpa menghiraukan jiran tetangga. Kita tidak hidup bersendirian. Kita mati nanti orang lain yang akan tanam jasad kita. Pikir2 kan lah!!

Analisis mengenai amalan tabligh

Comments (10)

Last Semester

Minggu ini minggu yang agak busy buat Afham kerana bakal menduduki peperiksaan semester akhir di sini. Jadi tamatlah riwayat sebagai seorang pelajar. Sebelum itu, banyak assignment yang perlu dibuat semula kerana tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Namun senjata belum disetiapkan lagi. Malam ni aku pulun tak tido kot untuk hafal nota. Banyak tol nak kena baca!! Rintih kecil hatiku. Buat senang untuk mendapatkan Ijazah Sains Pembangunan Sumber Manusia. Harap2 pointer aku tak jatuh.Berikut adalah jadual peperiksaan yang akan kutempuh. Wish me luck!! Ok.

  • 24 April 2008 Pengurusan Krisis > Petang
  • 25 April 2008 Pengurusan Latihan > Petang
  • 28 April 2008 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Sekerja > Pagi
  • 3 Mei 2008 Pembangunan Organisasi > Petang

Comments (10)

Bagaimana Afham memenangi Toyota Altis dengan mudah

Semalam Afham pergi ke Maybank seorang diri untuk clearance check nufffnang yang baruku diterima. Bila keluar je bank, aku dipelawa seorang gadis untuk mengambil sekeping pamplet di berada ditangannya. And then, dia suruh Afham buka pamplet tersebut untuk melihat samaada Afham ada peluang jadi kaya ataupun pulang dengan tangan kosong. Kemudian, Afham buka pamplet tersebut dan di dalamnya ada tanda grey yang membawa maksud hari ini lucky day aku untuk menerima satu hadiah mesteri. Paling mewah hadiah misteri ini berupa sebuah kereta Toyota Altis kira-kira RM 120, 000.00. Mudahkan dapat kereta. Afham dengan segera ke bangunan syarikat tersebut untuk meraih hadiah yang bakalku diterima. Setelah tiba di syarikat tersebut Afham terfikir sejenak bagaimana syarikat kecil mampu memberikan hadiah yang mewah ini. Kemudian, Afham diberi ulasan oleh manager dan melihat sendiri keratin akhbar ramai masyarakat Melayu menjadi kaya dengan segera. Setelah mendengar ulasan yang diberikan oleh manager syarikat yang berbangsa cina. Dapat disimpulkan oleh otak Afham menafsirkan bahawa permainan ini sama seperti rancangan TV Show yang bertajuk “Deal or Not Deal”. Apa jawapanku. Sekiranya Afham menjawab Deal, Afham berhadapan dengan risiko, samaada memenangani hadiah Toyota Altis dan dipaksa membeli produk dari Korea iaitu berharga RM 2500.00 ataupun pulang dengan tangan kosong dan diberi jaminan RM 5000 sebagai saguhati. Not Deal, Afham pulang dengan tangan kosong. Keputusannya, Afham mengambil keputusan untuk salam dengan manager tersebut dan menyatakan hasratku tidak berminat dengan permainan ini yang berunsur. Manager Cina tersebut berkata Awak tolak rezeki ke? Bagiku, bukan senang hendak jadi senang. There are no shortcut to be rich. Tak caya Tanyalah kepada saudara Afzai, saudara Labanon, Alhamdulillah tuhan menjagaku dari terpedaya dengan godaan dunia. Memang teringin Afham pakai kereta mewah tapi biarlah dengan cara yang betul.

P/s: Hati di dalam hidup.

Comments (16)

First payment with blogging

Minat timbul untuk membuat blog sekadar suka-suka melihatkan ramai yang membuat blog. Afham menggunakan blogmas percuma dari Adar sebagai wadah untuk menyuarakan pendapatku. Sampai ahli politik pun membuat blog pada masa kini seperti Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Dato Khir untuk menyuarakan pendapat mereka , apatah lagi Afham manusia sekadar sederhana yang diciptakan oleh Allah SWT. Memang tidak percaya blog ini dapat membuat duit. Sekiranya anda ingin mengetahui membuat duit pergi ke blog yang saya nyatakan di sini:

Tidak sangka Nuffnang baik hati memberikanku duit kepadaku iaitu RM 51.82. Cukupla tue. Alhamdulilah. Sekarang aku menunggu Advetlets pula untuk memberiku duit saguhati. Itulahlah insan miskin yang senantiasa mengharap belas ihsan. Tak dapat pun tidak mengapa. Just untuk seronok- seronok dan kepuasan diri. Bak kata pepatah Taszara: Learning is fun.

Comments (16)

Daulat Tuanku!! Sempena Hari Keputeraan Sultan Perak ke 80

Hari ini hari Jumaat, Afham memang penuh dengan jadual peribadi dengan kata lain berlakon sibuk. Bermula dengan membeli tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur. malas nye nk balik, kemudian register untuk buka akaun Tabung Haji. Hi!! Umur dah 22 tahun baru nk wat akaun ke? Whatever u talk. I nk pegi Mekah sebelum terlambat. So kena wat collection dari sekarang ar. Kemudian Afham singgah sebentar di Masjid Negeri Perak di Bandaraya Ipoh untuk menunaikan solat Jumaat. Tak sangka pula teman, hari ini ada Majlis membaca Yasin sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke 80. Untuk makluman semua Sultan Azlan Muhibudin Shah telah lahir pada 19 April 1928 di Batu Gajah. Klik Biodata baginda Sultan. Mufti Perak telah mengetuai bacaan Yassin dan Tahlil. Turut Hadir sama Raja Nazrin Shah. Aku kagum melihat perwatakan Raja Nazrin. Memakai baju Melayu lengkap serba ungu mengangkat tangan memberi salam kepada jemaah yang hadir. Afham sekadar melihat keberangkatan tuanku meninggalkan masjid. Di mana hilangnya MB Perak? Hehe. Dilaporkan oleh HarakahDaily beliau menghadiri satu pertemuan dengan PM Malaysia, Pak Lah untuk membincangkan masalah negara. Berita gembira untuk semua warga Perak. MB kita dapat pangkat Datuk Seri esok. Tahniah diucapkan kepada beliau.Semoga memacu Perak Darul Ridzuan dengan lebih adil dan saksama. Lihat No2UmNo sebagai bukti. Daulat Tuanku. Sembah patik harap diampun.

Comments (8)

Lina Joy menang tubuh Pertubuhan Melayu Murtad

Ini email yang aku terima:

Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.
mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia…
sapa yg lebih berkuasa…. sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah…amin
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!! persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar… IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama… Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi…
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH ISLAM DIHINA DI MALAYSIA Baca sama-sama… Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!! Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. [Read the rest of this entry...]

Comments (26)

Jadual peperiksaan UPSR, PMR, STAM dan SPM 2008

UPSR 9 hingga 11 September,

PMR dari 13 hingga 17 Oktober < Adik aku yang last.

STAM pada 20, 21, 22, 28 dan 29 Oktober,

SPM dari 12 November hingga 6 Disember.

Tarikh cuti akhir tahun persekolahan ialah 14 November 2008.

Comments (11)

Mari Boikot Barangan Belanda

Inilah manusia yang wajib dikecam - Gambar dari Chot.

BOIKOT BARANGAN BELANDA - Majlis Fatwa

JANGAN BELI PRODUK DARI SYARIKAT INI:-

  1. Shell – Minyak/Petroleum dan seanteronya
  2. Unilever – segala jenama Breeze, Fab atau apa-apa yang berkaitan dengan produknya
  3. Philips – Produk elektrik rumah dan sebagainya
  4. susu Dutch Lady
  5. coklat Forrero Roche
  6. insurans ING
  7. teh Lipton
  8. perisa makanan Knor
  9. cecair mandian Dove.

Semua kita berseru, Boikot Belanda dan produknya!!! Ini antara barang yang berkait dengan negara tersebut. Ada lagi?

Comments (19)