Merdeka!!
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya Afham telah selesai menduduki peperiksaan terakhir untuk Ijazah Pengurusan Sumber Manusia. Walaupun dengan keadaan yang tidak sihat. Namun ia bukan sebagai penghalang untuk menjawab soalan. Afham tetap tabah untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan oleh Encik Hasan Al-Banna. Memang tidak dapat diakui soalan memang menguji minda. Apa yang diajar di dalam Bahasa Inggeris namun soalan kesemuanya di dalam Bahasa Malaysia. Dengan kondisi bilik yang sejuk. Afham dari mula periksa hingga habis diulit dengan masalah selsema. Mujur ada tuala good morning sebagai teman dikala Afham menjawab peperiksaan. Jumlah bersin tidak terkira kerana kusyuk untuk memikirkan kehendak soalan. Ternyata susah sungguh untuk habiskan soalan. Pelbagai idea telah kucurahkan di atas kertas jawapan. Harap-harap Afham dapat mengekalkan CGPA 3 pointer ke atas untuk memudahkan sambung master pula selepas ini. Ah!! Tak tau la bila pulak nak ambil master!! Letih tol studi. Mari kita fikirkan dengan persoalan kerjaya pula. Hehe..Sekarang Afham sudah Merdeka!! Takbir!! Allahuakbar!!
Credit buat Syam, Tahniah kerana dapat carry mark tinggi.

May 3rd, 2008 at 6:48 pm
itulah berkat usaha ku study siang dan malam..cewaahhhhhh
haha
May 3rd, 2008 at 8:19 pm
merdeka!!!=p
sambil xm,sambil carik gado dgn org..mn x selesema..huhu..
hope result nnt power la ek..pasni leh belanja org mkn beger..=D
May 3rd, 2008 at 11:59 pm
salam Afham ,
yeayy..dh merdeka ..hehe [ terlebey sudaa.. ]
wahh…siap promote tuala good morning tu..hehe.
ape2 pun dh lepas..lepas ni doa ngan tawakal la
May 4th, 2008 at 12:47 pm
Semoga ko mencapai kejayaan …
Dalam apa jua bidang yang ko ceburi..
Selamat..
May 4th, 2008 at 8:53 pm
Terima kasih tuala good morning..hehehehe
May 8th, 2008 at 6:41 pm
waa.. 3pointer dude..
May 8th, 2008 at 11:16 pm
semoga ko berjaya dan menjadi anak merdeka yang merdeka..
???