Minggu ini minggu yang agak busy buat Afham kerana bakal menduduki peperiksaan semester akhir di sini. Jadi tamatlah riwayat sebagai seorang pelajar. Sebelum itu, banyak assignment yang perlu dibuat semula kerana tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Namun senjata belum disetiapkan lagi. Malam ni aku pulun tak tido kot untuk hafal nota. Banyak tol nak kena baca!! Rintih kecil hatiku. Buat senang untuk mendapatkan Ijazah Sains Pembangunan Sumber Manusia. Harap2 pointer aku tak jatuh.Berikut adalah jadual peperiksaan yang akan kutempuh. Wish me luck!! Ok.

  • 24 April 2008 Pengurusan Krisis > Petang
  • 25 April 2008 Pengurusan Latihan > Petang
  • 28 April 2008 Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Sekerja > Pagi
  • 3 Mei 2008 Pembangunan Organisasi > Petang