Hari ini hari Jumaat, Afham memang penuh dengan jadual peribadi dengan kata lain berlakon sibuk. Bermula dengan membeli tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur. malas nye nk balik, kemudian register untuk buka akaun Tabung Haji. Hi!! Umur dah 22 tahun baru nk wat akaun ke? Whatever u talk. I nk pegi Mekah sebelum terlambat. So kena wat collection dari sekarang ar. Kemudian Afham singgah sebentar di Masjid Negeri Perak di Bandaraya Ipoh untuk menunaikan solat Jumaat. Tak sangka pula teman, hari ini ada Majlis membaca Yasin sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke 80. Untuk makluman semua Sultan Azlan Muhibudin Shah telah lahir pada 19 April 1928 di Batu Gajah. Klik Biodata baginda Sultan. Mufti Perak telah mengetuai bacaan Yassin dan Tahlil. Turut Hadir sama Raja Nazrin Shah. Aku kagum melihat perwatakan Raja Nazrin. Memakai baju Melayu lengkap serba ungu mengangkat tangan memberi salam kepada jemaah yang hadir. Afham sekadar melihat keberangkatan tuanku meninggalkan masjid. Di mana hilangnya MB Perak? Hehe. Dilaporkan oleh HarakahDaily beliau menghadiri satu pertemuan dengan PM Malaysia, Pak Lah untuk membincangkan masalah negara. Berita gembira untuk semua warga Perak. MB kita dapat pangkat Datuk Seri esok. Tahniah diucapkan kepada beliau.Semoga memacu Perak Darul Ridzuan dengan lebih adil dan saksama. Lihat No2UmNo sebagai bukti. Daulat Tuanku. Sembah patik harap diampun.