Maulud nabi ramai orang lupa
Salam diucapkan kepada semua yang sudi membaca artikel ini. Aku tak de la pandai sangat untuk bercakap mengenai agama. Tetapi sekadar peringatan rasa-rasa tidak menjadi masalah. Kekadang otak aku berpusing mengenangkan keadaan kehidupan manusia kini. Entah apa yang diburu di dalam hidup yang sementara. Adakah tujuan hidup kita sekadar hanya mencari wang dan kesenangan semata-mata. Bagi mereka yang sedar akan adanya kehidupan selepas mati nescaya dia akan berhati-hati di dalam tingkah laku hidupnya seharian. Hari ini Maulud Nabi. Pengorbanan nabi Muhammad SAW perlulah dikenang sebagai tanda kesyukuran kerana dengan adanya baginda Islam tersebar sehingga hari kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Bila kata mengenai Valentine Day. Semua orang ingat dan meraikannya dengan penuh tradisi kebaratan. Konfius. Ke mana hilangnya pegangan umat Islam sekarang - Insan biasa.

March 19th, 2008 at 11:12 pm
Sama2lah kita mengenang dan mnyanjungi junjungan nabi kita…Muhammad Sollallah hua’laihi wasallam
March 20th, 2008 at 2:48 pm
salam maulidur rasul buat anda juga. hehe
March 20th, 2008 at 10:22 pm
ya.. lebih mengagung2kan perayaan lain dari Islam sendiri..
March 20th, 2008 at 11:04 pm
haha..2 hari lepas baru aku perasan. itupun lepas tertengok kalendar Islam.Kalau tak, memang aku lupa..
March 21st, 2008 at 11:58 am
Orang tak lupa harinya..cuma tak tahu cara mengisinya..hehe
March 8th, 2009 at 11:17 pm
Asslamamualaikum
Kpd sume sahabat2 sekelian, sok uda Maulud, lupekan perkara yang lepas k. Kita cuba hayati sambutan kali ini.Semoga Allah dgn inayahnya dapat memberi kekuatan kpd kita utk mengamalkan sunnah nabi dan kekasihnya Muhammad (S.A.W) Insyaallah.