Ahad lepas, saya telah mengikuti satu seminar di UIA. Berikut adalah sebahagian daripada gambar yang sempat dirakamkan sehari bersama Ustaz Zaharudin dot Net.

2.JPG

Sementara menunggu bermulanya majlis dan untuk menghilangkan ngantuk. Aku sengaja mengambil gambar buku yang diberikan oleh pihak pengurusan. Di dalam buku banyak ilmu yang ku dapat seperti cara terbaik dalam solat mengikut mazhab imam Shafie. Perbezaan antara mazhab banyak ditunjukkan di sini dan aku dapat membezakan bagaimana cara solat yang terbaik. Mari kita lihat gambar yang lain di helaian ini.

1.JPG

Gambar ini dirakamkan selepas seminar ketika habis seminar kira-kira pukul 7 malam. Seminar habis lambat kerana banyak soalan yang menjadi tanda tanya oleh para peserta. Dari kiri gambar Adli, Afham, Rizal, Bema, Al Fadhil Ustaz, Hafizul dan paling kiri, orang awam.

Aku bersama MSRizal. Kami duduk bersebelahan di dalam seminar. Terima Kasih diucapkan kepadanya kerana sering mengejutkan aku dari tertidur di dalam seminar ini. Malam tersebut aku hanya tidur 2 jam kerana sibuk menonton bola antara Arsenal menentang Aston Villa. Mari lihat blogku, Arsenal dot Blogmas.

3.JPG

Ketika menunggu bas. Aku terlihat satu paparan yang ditampalkan kemungkinan besar oleh penuntut di universiti ini. Bas percuma disediakan untuk sesiapa yang akan mengundi pada 8 Mac 08 di Kelantan. Untuk menyokong parti agaknya? Agak tertarik. Aku undi pos je. Hehe.