Sebelum saya membaringkan diri diatas katil, ingin saya tulis sedikit pengalaman yang kutimba pada hari ini. Hari ini, aku telah mengikuti kempen pilihanraya satu seminar penghayatan solat yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak. Dengan menaiki UPNM bas tepat hadir pada waktu yang telah dijadualkan. Penceramah yang tidak asing lagi dalam dunia internet Ustaz Zaharudin dot Net yang banyak memberi pandangan terhadap kewangan, bisnes- bisnes pada masa kini menjadi penceramah di dalam seminar tersebut.

Saya juga sempat bertemu dengan seorang muallaf berbangsa Cina dan menganut agama Kristian sebelum beliau memasuki agama yang sebenar, Islam. Setelah disoal siasat olehku bagaimana dia memeluk Islam. Mohammad Daniel (muallaf) berkata “saya mengkaji Islam selama 3 bulan dan menyakini Islam adalah the way of life”. Sangat terharu ketika beliau berkata demikian sedangkan kita beragama Islam tidak mengkaji agama kita sendiri. Aku percaya jika dibandingkan ilmu agama, beliau jauh lebih mendalam daripadaku apakah yang dimaksudkan Islam. Di sini, saya bukanlah ulama’ untuk berkata-kata namun saya menganggap ia satu wadah untukku memperbaiki diri.

InsyaALLAH, sekiranya diberi kesempatan. Saya akan upload gambar sehari saya di seminar ini sebagai tantapan saudara mahupun saudari.