Bila dikatakan mengenai belajar. Adakah ia semata-mata hanya untuk golongan pelajar sahaja atau sebaliknya. Disini apa yang cuba ingin Afham sampaikan ialah bahawa setiap golongan manusia samaada tua atau muda perlu belajar mencari ilmu samaada untuk kegunaan di dunia mahupun di akhirat. Mengapa saya berkata demikian?. Seperti contoh kita hendak mengurus atau memulakan sesuatu perniagaan. Adakah ia hadir dengan secara automatik. Tidak bukan. Ia perlu dituntut dari mereka yang berjaya seperti Afzai Afandi, Maizul, Irfan Khairi dan sebagainya. Sehingga bila perlu belajar? Sudah tentu sehingga saat kita mati. Bak kata pepatah lama “Tuntutlah ilmu hingga liang lahat”. Sebenarnya aku tulis demikian kerana agak tertekan dengan pelbagai assignment yang perlu kusiapkan dalam masa yang terdekat dan semoga pada masa yang sama ia dapat mengingati diriku yang lemah ini. Esok pula ada ujian untuk subjek Training Management. Jadi, malam ini tepaksa rushing untuk study untuk mendapat segulung Ijazah. Pentingkah ijazah pada ketika ini. Ada yang hanya memakai SPM untuk meneruskan hidupnya. Bila dikatakan soal SPM. Baru teringat mengikut sumber yang boleh dipercayai bahawa ada yang mengatakan keputusan SPM 2007 pada 28 Februari 2008. Jadi, diharapkan adikku yang ketiga memperolehi keputusan yang cemerlang. Doakan saya dapat menjawab ujian esok. Sekian.