Demam pilihanraya ke 12 bermula
Feb.14, 2008 in
Meja Pengarang

Which one should I choose? - Gambar curi. Aku bukan ahli politik. Sekadar pemerhati!! Semakin ramai yang mengatakan pembubaran parlimen, soal pilihanraya yang 12, tarikh penamaan calon dan sebagainya sehingga aku demam seketika. Memikirkan persoalan siapakah pemimpin negara selepas ini, mungkinkah kerajaan yang sama ataupun sudah bertukar dengan kerajaan yang lain ( pembangkang negara). Masa kian hampir. Sebagai rakyat Malaysia. Kita mesti selesaikan tanggungjawab kita iaitu undi. Selamat berkempen kepada semua yang terlibat di dalam politik. Sebenarnya aku demam test esok la.
“Mari mengundi, undi anda adalah rahsia”

February 14th, 2008 at 8:54 pm
cop!!
undi kte adalah rahsia??hehe..cam kne tukar je slogan..huhu
February 14th, 2008 at 9:27 pm
>>aiNuL: nk tukar pe..ade idea lain ke??
February 14th, 2008 at 10:03 pm
Masa mengaji dulu, bab2 politik ni saya fail.. Ahahahahha
February 14th, 2008 at 10:05 pm
Tak kisah pilih siapa pun asalkan adil dan membawa kemajuan.Tapi masalahnya bila pilih dan menang benda lain pulak jadi.Indah khabar dari rupa semuanya.
February 14th, 2008 at 10:18 pm
Mana boleh tak kisah pilih siapa pun! Ni kewajipan kita. Jadi la org yg bertanggungjawab! Orang politik ker bukan politik kita tetap orang Malaysia. so, kalau negara ni huru-hara kita jugak yg susah…hohoho…pilih yg memperjuangkan Islam. bukan aku kata, ni kata seorang ulamak dari Indonesia. Dan katanya hukumnya wajib, bukan harus! Sama2 la kita fikir..
February 15th, 2008 at 12:07 am
hehe… saya tak cukup umur lagi. tapi kepada yang layak tu, KENA undi. ni untuk masa depan kita juga. :p
February 15th, 2008 at 12:26 am
dah daftar ke, kalo blum jangan berangan le nak memangkah.
Pilihan di tangan ada. Salah pilih merana.
Harga minyak turun ……. macamana ye, harga minyak dunia melambung. Tak naik kan boleh……
Pendidikan percuma…….. nak kencing pun kena bayor RM0.30. Bil air dan api sekolah sapa nak bayor. Yuran pengajian dihapuskan ke………… kaya kerajaan ni. silap ari bulan bungkus,
Khidmat kesihatan free okay. Kos ubat tak kena bayor ke, kecuali kita proses ubat sendiri (memproses dadah) Itulah kepakaran rakyat Malaysia……
Pembangunan untuk rakyat ….. macamana tu….. la ni rakyat tak membangun ke. Tu kemudahan internet, sekolah dan infastruktur lain tu bukan pembangunan ke ? Aku suka kalo disebut pembangunan kerohanian insan.
Rapatkan jurang kaya dan miskin. itu aku setuju. Tapi macamana….. nak bagi duit kat orang miskin ke. Nak bagi tanah atau cangkul.
Sorry tuan punya blog, aku ni cuma tulis , supaya kita berfikir secara rasional.
Jangan mudah terpedaya. Orang cina tak percaya benda benda ni. Sebab mereka lebih realistik.
Kata kata dari aku dream on…….. Jangan marah bang.
February 15th, 2008 at 2:01 am
Pak Long.
Malaysia ni pengeluar minyak. Minyak yg kita keluarkan tu kualitinya baik, tapi kita jual minyak kita ke luar dengan harga mahal dan beli minyak yang biasa. Sepatutnya kita yang kawal harga minyak, walaupun bukan dunia tp cukup utk tak bebankan rakyat sendiri. Brunei boleh je, kenapa Malaysia tak boleh kan?
Pendidikan percuma tu mungkin susah nak capailah. Saya rasa pendidikan dekat Malaysia ni sudah cukup murah untuk sekolah rendah dan menengah. Tapi pengajian tinggi kita mahal. Boleh dianggap expensive day care center utk student.
Perubatan percuma pun rasa x perlu lagi. Klinik dengan hospital kerajaan masih kenakan RM 1.00. Cukup murah dah. Takde komplen. Kalau free lagi elok.
Pembangunan untuk rakyat, setakat ni banyak mega project yg BN launch masih x nampak lagi kejayaan dia. MSC pun masih belum sampai 100% potensi dah gatal tangan nak launch koridor sana sini. Ya, pembangunan untuk rakyat oleh kerajaan skrg ni lebih utk kayakan kroni. Tak perlulah cerita sini.
Rapatkan jurang kaya dan miskin lebih kepada bagaimana bijaksana kerajaan nak distribute wealth negara. Bagaimana nak handle ekonomi dengan baik. Peluang pekerjaan untuk rakyat masih x mencukupi, kalau tidak takkan beratus ribu mahasiswa masih menganggur. Kerajaan bukak universiti sana sini, graduan melimpah ruah tp peluang pekerjaan takde. Itu mahasiswa, apatah lagi yang certificate-less?
Banyak lagi benda yang kita kena baiki. Jangan bazirkan duit taxpayr untuk benda bukan2 eg: Hantar rempit ke north pole, program angkasawan dll.
February 15th, 2008 at 10:45 am
hahah..
saya tak sempat daftar..
takpe, pengundi hantu boleh tolong daftarkan..
sibuk lah buat kerja sana sini..
satu yang saya perhatikan golongan muda (sebaya saya)
kini, daripada 20 orang yang saya tanya sudah berdaftar pengundi atau tidak, hanya 5 yang berdaftar..
maka daripada 23 juta rakyat malaysia, mungkin 7 juta sahaja mengundi heheh..
February 15th, 2008 at 11:19 am
aku setuju. kita kena fikir dalam sikit. tak semuanya perfect - itu betul. tapi, apa yang kita lihat, apa yang pemimpin2 ehem2 (hehe) buat hari ini boleh membawa rebah kepada bangsa dan negara. kaum lain lebih realistik? oh, sebab itulah ramai cina dan india tu pangkah BA kat kelantan ye. lebih realistik la tu kan? ke kaum lain selain melayu kat luar sana lebih relistik? nyeh3.
February 15th, 2008 at 11:19 am
aku setuju. kita kena fikir dalam sikit. tak semuanya perfect - itu betul. tapi, apa yang kita lihat, apa yang pemimpin2 ehem2 (hehe) buat hari ini boleh membawa rebah kepada bangsa dan negara. kaum lain lebih realistik? oh, sebab itulah ramai cina dan india tu pangkah BA kat kelantan ye. lebih realistik la tu kan? ke kaum lain selain melayu kat luar sana lebih materealistik? nyeh3.
February 15th, 2008 at 11:36 am
Sekiranya pemimpin yang kita tidak gemar memenangi pilihanraya tahun ni, maka selama 5 tahun lagilah kita terpaksa belajar untuk mengemarinya selepas ini.
February 15th, 2008 at 1:54 pm
jgn gado2 k..
jgn luper 8haribulan hari mengundi..
jgn x mengundi pulak.. ehehe peace
February 15th, 2008 at 2:11 pm
harap2 ada mkn free masa aku pi mengundi nanti.hehehe
February 15th, 2008 at 5:23 pm
“Tepuk dada tanya selera” masing-masing!
February 15th, 2008 at 6:35 pm
undi adalah masa depan…anda orang muda buat keputusan mengkut akal…jangan “ditipu” lagi selepas ini….
February 15th, 2008 at 11:20 pm
Undilah dan jangan hanya berkokok sahaja…
Ini pilihan anda..
Ops.. trimas for backlink..
February 16th, 2008 at 12:01 am
tak sabar2 aku nak tangkap gambar post election ngan jari aku ada ink ungu! hehehehehe
February 16th, 2008 at 12:55 am
akum, haha undi anda rahsia! haha aku tak dapat balik hometown
ade hal penting. so x dapat ngundi :(( rugi satu undi
February 16th, 2008 at 2:32 am
Bagi saya, pilihlah yang benar…Tapi camner nak pilih yang benar? Orang PAS kata dia nak pejuangkan Islam, orang Umno pun kata dia pejuangkan Islam. Tapi Islam yang camne?
Dalam peperangan siffin antara Saidina Ali dan Muawiyah, seorang bertanya sahabat bertanya kepada Saidina Ali yang mana satu nak ikut pada hal kedua-dua adalah Islam dan juga sahabat baginda.
Saidina Ali jawab soalan sahabat tu, “janganlah kamu sandarkan kebenaran kepada seseorang. Sebaliknya hendaklah kamu kenali dahulu kebenaran itu.”
Dalam konteks di Malaysia, nak tau sapa benar hendaklah diadakan muzakarah. Dah dua2 mengaku pejuangkan Islam, duduk semeja dan bermuzakarahlah. PAS keluarkan hujah Al-Quran dan Hadis. Umno pun keluarkan hujah Al-Quran dan Hadis. Kita tengok perjuangan sapa yang selari dengan Quran dan Hadis.
Kat situ nanti baru kita akan lihat kebenarannya…
Tapi kalau asyik sebelah pihak je ajak muzakarah, sebelah pihak lagi tak berani, camne? Orang tua-tua cakap, “berani kerana benar, takut kerana salah.”
February 16th, 2008 at 9:47 am
aku baru masuk 21tahun. lom daftar lagi. sempat lagi tak nak mengundi? hehe
February 16th, 2008 at 2:23 pm
Berkenaan turun harga minyak tu macam tak masuk akal la, harga minyak negara kita ni adalah antara yang termurah kat dunia. Kalau kat negara macam amerika utara, harga minyak diorang mengikut harga pasaran semasa.
So, bila ada orang yang nak tetapkan harga minyak pada kadar yang tertentu memang aku tak percayalah. Kalau hari ni harga minyak satu tong U$D100.00, tapi esok jadi U$D200.00 mcm ner plak?
Tak lingkup ke?
Memang pon negara kita menghasilkan minyak yang terbaik kat dunia, ada sebablah kenapa kita tak menghasilkan minyak kat negara sendiri. Syarikat minyak yang menggali minyak kat negara kita ni bukannya kita punya, mereka dari negara asing sebab tu mereka proses kat tempat dorang.
Aku rasa biar realistik la bila nak berkempen…
February 16th, 2008 at 2:23 pm
aku baru 20 tahun..nk ckp pasal politik ni xpadan la dgn aku, budak hingusan la kata org..nk mengundi pun xdpt lagi..
February 16th, 2008 at 4:49 pm
assalaamualaikum.
for me election play an important role in deciding our own welfare, where by who is responsible to take care of us in term of policy, in term of security , in term of justice and in term of economy will have the power to do so….
the question is who is MOST reliable party to take control over the government- whether it is the national or alternative.
who?
let say… yo
yo the PAS take control over the government do you think that i would work… honestly do you think that they can manage. for what i have known.. this party has been selling their land and their asset just to keep the financial of their party stable.. why do they sell things.. why cant they produce it… (in this statement i just wanted to say that how ridiculous it is if they have the power to our economy when or if they won the election).. in term of networking… do they have the adequate resource to manage the country…(very unlikely).
despite their promises to the people ( refer to the picture above), i think that those promises is unrealistic where by we will always and continuously face an increment on price in future (actual increment in price never stop)…<– stop complaining and try to increase your own income rather than blame the government…
if you think that they are not corrupted.. why do you say so.. is it because where they stand (an Islamic party).. no matter what position you hold and where your belief is.. it is impossible to avoid corruption.
back to my question… who is MOST reliable ???
the answer is obvious…
regards,
abid
February 16th, 2008 at 4:53 pm
by the way… refer to my previous post…
“let say… yo
yo the PAS take control over the government do you think that i would work…”
skip the yo yo part…. sambil YM…sambil tulis comment =P
regards,
abid
February 16th, 2008 at 5:41 pm
>> Azhar Ahmad: kenapa bro fail bab2 politik..mesti minat nie..
>> Starline: ia menjadi mainan politik dunia. Dimana same je semua.
>> wanwma: Tegas nampak..Ingat semua!! Mengundi adalah wajib.
>> Aisyah: Budak kecik tak leh masuk campur..Huhu..
>> Pak Long: Alasan yang boleh dikatakan bernas.
>> cry4freedom: ade betol ko cakap bro..
>> emphbone: betol..aku baru je nk register..Ada plak pengundi antu register untuk aku… Pelik tol la..
>> affuan: orang non muslim pun mahu pilih beragama. Bagaimana pula bangsa melayu. Jangan terus alpa.Pilih yang benar..
>> Hafez: Pemikirkan ko advanced 5 tahun… Bagus2..aku suke ayat ko..
>> en_me: bukan gaduh..cuma mereka memperkatakan kebenaran.
>> catzer: ke situ plak pegi nye catzer..patut gemuk..hoho..takde la..memain jer..
>> megat: amboi..senang je bro.. Tak leh la cam tue.. Kita kena pikir masa depan..
>> Truckster: ni nasihat dari orang berpengalaman nie.. Kita patut as orang muda.
>> zool: terima kasih jer..hehe..kena balas balik..
>> KNizam: i am waiting 4 ur pic election..
>> robert: hendak sribu daya geng..
>> zuhairy: muzakarah lah adalah terbaik.. Cara nabi Muhammad SAW..
>> Aizat: no problem.. 4 tahun akan leh ngundi..sekarang pemerhati je la geng..
>> emet: maksud die mungkim..rega penggunaan minyak di malaysia kot..
>> hafifi : jadi pemerhatilah..same cam Aizat.. hehe..
>> abid: aku rase UMNO plus PAS will produce perfect country.
February 16th, 2008 at 8:27 pm
i’m no politician, but people with no power sometimes talk too much because they have no responsibilities.
Power does changes a person way of thinking..
February 18th, 2008 at 9:00 am
dare to change..stay united!!
February 18th, 2008 at 9:08 pm
BN = Barang NAIK: Bila NAIK? Baru NAIK, Berapa NAIK? Banyak NAIK!
February 18th, 2008 at 9:56 pm
>> ikram: it because people with no power not given a chance.
>> feder-line: please change to http://arsenal.blogmas.com if you wanna to blame me.
>> Wan: Nak wat cam ne. Dah nama BN.
February 20th, 2008 at 12:23 pm
ikram zidane has a good point but the truth is, people with power are usually being pressed by people that have no power but have money
February 25th, 2008 at 12:56 am
Mana2 pun boleh. Tapi PAS still tak leh menang lagi..nak lepas half kerusi pun tak lepas even menang semua kerusi. Mungkin target PAS kali ni nak kukuhkan keadaan. Apapun, kita tunggu je result.
Tapi perubahan itu perlu. Tak kirala2 mana2 pihak.
February 28th, 2008 at 11:18 am
JOM Kita semak laman ini
http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp
cuba semak ini. dua pendaftaran untuk orang yang sama
bandingkan: T715511 with A0624038 dalam daftar pemilih, nama yang sama, tapi satu undi pos, satu undi biasa
bandingkan: T719756 with A3170255
Pattern no. IC yang seiras…
Perhatikan susunannya 0015, 0079, 0023, 0057…
Suratan atau kebetulan?
Tunggu kemunculan pengundi-pengundi ”ISTIMEWA” ini 8 Mac 2008 nnt.
951114750015
950531710079
940407750023
941121750057
semak ic ini di sini: http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp
dan lagi…
801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365 861101105077 860208145701 860320145357 861217145011 860126145839 871205740015 870914105781 870418105790 871016146308 881231100432 881103750027 880505066047 880906087033 881030136332 891102740096 891129740088 890520610089 890112146416 890920076065 890403615016 910609755079 920622710069 890211050014
February 28th, 2008 at 11:45 am
To abid
Masih ingat kisah bail-out syarikat MISC dan UEM ketika krisis kewangan 1997?Masih ingat bagaimana Petronas diguna utk bail-out syarikat Scomi RM2b apabila syarikat milik anak Pak Lah tu terjebak dengan skandal nuklear Libya?
Masih ingat dengan Skandal Oil For Food Pak Lah yang sampai Tun Mahathir minta siasat?
Apa cerita pula rakyat?Macammana kemiskinan tegar?.
Sabah no 1 (32400 orang).
Terengganu no 2 (8300 orang).
Perak no 3 (5700 orang).
Sarawak no 4 (5200 org).
Kedah no 5 (5000 orang).
Kelantan yang dikatakan mundur di bawah ulamak tu pun no 6 (3600 org).
(terengganu masa pas memerintah naik ke-4 walaupun royalti minyak ditarik, cukai pintu hapus dan tol dah di mansuhkan)
Ini tradisi membela rakyat?
siapa pandai menguruskan pentadbiran?
February 28th, 2008 at 1:25 pm
to anon,
memang banyak kes yang wujud yang melibatkan pak lah… tapi sejauh mana kebenaran yang tercatat didalam media..
kita hanya pandang pada satu perspektif tapi pada hakikatnya kes-kes tersebut bersifat mala fide terhadap pemerintahan pak lah.. dan sememangnya dalam kes scomi itu hanya kesilapan dari segi komunikasi dan tidak membawa sebarang makna..
dan sudah menjadi lumrah kepada rakyat kita untuk menyukai sesuatu yang percuma dan bersifat kebajikan.. tapi sejauh mana kebajikan itu harus diteruskan… sambil bila kerajaan harus memikul bebanan rakyat sedangkan rakyat pula sentiasa memberikan tohmahan terhadap kerajaan membabi buta..
kita semua semakin bijak…semakin sedar akan kebenaran maklumat yang disebarkan dan disuapkan…
tetapi sejauh manakah kita menggunakan kebijaksaan itu untuk melihat kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah negara dan rakyat..
fikirkanlah… kenapa perlu kita menarik tali antara satu sama lain..
tidak semua yang sempurna..
kenapa perlu menjatuhkan antara satu sama lain..sedangkan kita boleh bertolak ansur dalam memenuhi kekurangan masing-masing..
regards,
abid
February 28th, 2008 at 1:34 pm
negara produktif versus negara kebajikan..
kita sering memberi tohmahan kepada negara jiran seperti indonesia dan lain2…
tetapi sedarlah… walaupun mereka ini miskin.. mereka tetap menanggung beban masing2..
bersyukurlah negara kita masih lagi prihatin terhadap kebajikan rakyat…
berapa banyak kebajikan nak diberi… rm 1 juta seorang…
“stop complaining and start earning”
regards,
abid
February 28th, 2008 at 3:58 pm
Abid, jangan hanya membaca media arus perdana sahaja.
Biar aku terangkan konsep negara berkebajikan:
Kebajikan Islam mempunyai tanggungjawab berikut:
1. Tanggungjawab terhadap orang miskin dan yang memerlukan dan bahagian mereka terhadap pendapatan negara seperti yang disarankan oleh Quran dalam ayat (8:41)(9:60)(59:7) dan hadis-hadis.
2. Tanggungjawab terhadap hak-hak asas iaitu makanan, rumah dan pakaian (20:118-119) sekiranya mereka tidak berkemampuan.
Berikut adalah mereka yang berhak terhadap bantuan kewangan daripada kerajaan:
a. Semua orang miskin yang memerlukan pertolongan
b. Orang cacat yang tidak mampu bekerja
c. Orang tidak mampu seperti anak yatim, janda, orang tua, dan penganggur
d. Pelarian yang dipaksa meninggalkan tempat tinggal mereka kerana ditindas atau diburu
e. Pelajar, guru, pendakwah dan sebagainya yang telah mengorbankan masa dan hidup mereka demi pelajaran dan pengembagan Islam dan tidak mampu menampung kehidupan seharian
f. Mereka yang ditimpa bencana dan musibah seperti banjir, gempa bumi, perang, ribut, serangan penyakit berjangkit dan sebagainya.
g. Golongan lain yang tidak mampu dan terdesak hingga mengemis untuk sesuap nasi.
Negara kebajikan Islam tidak memilih bangsa, warna kulit dan kepercayaan. Di samping memberikan kemudahan sosial seperti Negara Kebajikan yang lain,
Negara Kebajikan Islam juga memberi jaminan sosial kepada musafir dalam bentuk pengangkutan dan penginapan dan membantu penjamin yang memberi jaminan atas suatu pinjaman kewangan.
3. Negara Kebajikan Islam tidak menggalakkan kekayaan dikumpul oleh sekumpulan kecil masyarakat dan menjamin pembahagian kekayaan yang adil melalui langkah-langkah yang berkesan dengan mengekang pengumpulan kekayaan melalui riba, perjudian, penyelewengan perniagaan, rompakan dan sebagainya. Pengagihan kekayaan yang adil dapat dibuat melalui zakat dan sedekah, cukai, dan pewarisan.
4. Keadilan sosial(2 : 215).
5. Perlindungan kepada yang lemah daripada yang kuat
6. Pendidikan dan Kesihatan (al-Quran 96: 1-5). (20: 114).
7. Kebajikan kerohanian. Kebebasan beragamaan