Sejak 6 hb Feb lagi tiket semua perjalanan sudah habis dijual. Walaupun cuti saya berasa tidak tenang kerana memikirkan soaltiket perjalanan balik ke Kuala Lumpur.Frust beb. Sampai demam-demam dibuatnya. Manusia biasa tidak terlepas daripada sakit. Kita bukanlah malaikat mahupun nabi. Ingat !! Kita adalah insan hina.

Alhamdulilah saya selamat sampai ke Kuala Lumpur dengan menaiki van Polis dengan budak PULAPOL, Pusat Latihan Polis. Seksa betul nak pulang musim perayaan Tahun Baru Cina. Starting point masuk tol Simpang Pulai pun dah sesak. Nasib baik Encik Noordin, pemandu dengan selamba belasah menggunakan line kecemasan untuk meneruskan perjalanan. Cepat sket sampai ke sini.

Aku kesempatan berbual dengan budak PULAPOL, Jalan Semarak ketika dalam perjalanan. Its not budak-budak. Orang tua gak. Dalam 30 an. Terpaksa tinggalkan anak bini untuk teruskan kerjaya untuk menjadi seorang pegawai. Bila compare dengan aku dengan dirinya. Betapa untungnya nikmat yang tuhan berikan kepadaku. Aku mesti bersyukur atas nikmat yang diberikan.

“Persoalan: Merenung 10 tahun akan datang, perlukah aku sambung kerjaya di dalam kerajaan ataupun keluar. Pendapat kamu bagaimana?”