08022008129.jpg

Setelah sakit 3 hari berturut-turut, mulalah hendak cari ubat. Aku terus ke klinik Azhar berdekatan di Bercham, Perak. Pada mulanya aku ingat Dr Adrian ini berbangsa Cina. Setelah diperhatikan tag nama bahawa aku menyedari bahawa beliau beragama Islam. Mengikut tekanan darah aku pada keadaan normal iaitu 65. Untuk pengetahuan semua. Hari ini hari keempat aku tidak menyedut asap Dunhill seperti sedia kala aku hisap. Cubaan menghisap tetapi sering kali gagal. Adakah ini petanda untuk berhenti merokok? Terlalu awal bagiku.

Aku mengadu cirit-birit, muntah-muntah pening kepala kepadanya. Kemudian aku dikehendaki berbaring diatas katil untuk pemeriksaan di bahagian perut dan dr mengatakan bahawa aku mengalami tanda tanda awal untuk kena penyakit gastrik. Argh tidak. Buat masa ini, masakan pedas dan sebarang jenis makanan pelik aku diminta untuk menjauhinya kerana perut tidak stabil buat masa ni.

Secara keseleruhan aku dikehendaki makan 10 biji pil sekali makan.