3 hari sakit
Hari ini sudah masuk tiga hari aku kurang cergas seperti sedia kala setelah pulang dari Kota Bharu. Aku tidak tahu apa punca yang menyebabkan aku terus terlentang di atas katil. Bermula dengan pening kepala, kemudian melarat kepada muntah-muntah dan cirit-birit. Adakah ini berkait dengan keracunan makanan. Punca permasalahan tidak ketahui. Walaupun telah mencuba menelan ubat pil tahan sakit. Aku masih kelihatan lesu dan tidak bermaya. Malam ini mungkin aku akan ke klinik ditemani ayah kesayanganku. Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan buat mama dan ayah yang genap 22 tahun pada hari ini. Harap-harap tidak ada penyakit yang teruk menimpa diriku. Amin.

February 8th, 2008 at 1:57 am
Orang Kelantan rupanya, kalau tau nak kirim Dinar Emas
February 8th, 2008 at 10:43 am
orang kelantan pe nye bro..skang ni kt ipoh la..kelantan tu just lepak2 kt umah mmber…
February 14th, 2008 at 6:04 pm
[...] pembubaran parlimen, soal pilihanraya yang 12, tarikh penamaan calon dan sebagainya sehingga aku demam seketika. Memikirkan persoalan siapakah pemimpin negara selepas ini, mungkinkah kerajaan yang sama ataupun [...]